Jalan yang panjang. Jika tidak dihiasi dengan pokok menghijau memang tidak lengkap. Begitu juga dengan manusia. Kalau hidup tetapi tidak makan memang kelaparan.
Perahu mempunyai kembar. Siapa? Pulau adalah saudara kembar perahu. Jika tiada perahu, pulau akan buntu kerana tiada siapa yang tahu bahawa ia ada di situ.
Ranting kecil meneroka awan. Duduknya tinggi di atas. Rumput yang hijau merayap di tanah. Rendah dan sekata.
Berjalan seorang diri boleh redha lagi. Akan tetapi kalau berjalan seorang diri di tempat yang sunyi di bawah terik mentari, redha pun cabut lari.
Resam manusia. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jauh berjalan, penat memang terasa. Demi Multimedia, kami tempuhi jua.
Waktu tengah hari. Tempat teduh ada. Bawah pokok itu redup juga. Tapi nak buat macam mana sahabat bertiga itu nak juga bermain di tengah padang. Panasnya bukan kepalang. Nasiblah badan. Asalkan long shot dapat dirakam. Itulah nikmat berteman.
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT
D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...
-
Kolam berlantai biru. Airnya jernih dan bersih. Indah dipandang dari atas. Pokok hiasan menambah seri laman idaman, menjadi tempat untuk m...
-
D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...
-
Gadis bertudung merah. Seronok berpayung di tepi kolam. Payung pinjam sebenarnya. Kalau panas janganlah berbaju gelap. Kalau berjalan jang...
No comments:
Post a Comment