Followers

Wednesday, October 9, 2019

BBM3410SATU2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum semua, hari ini saya ingin mengulas mengenai blog. Ulasan ini adalah berpandukan buku Eh!!! Media Sosial (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2019). 

Blog. Apa yang dimaksudkan dengan blog? Uish, susah soalan ini. Baiklah, tidak mengapa. Kalau kita tidak tahu kita perlu bertanya. Kalau anda tidak tahu biarlah saya jawab sendiri saja. Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalm bentuk formal atau tidak formal. Blog boleh digunakan untuk berurus niaga atau sekadar ingin menyimpan diari seseorang. Contohnya, diari penulis itu sendirilah.

Selain itu, manusia yang sering kesepian seperti penulis ini suka menggunakan blog. Rasa-rasanya, kenapa ya? Sebabnya, blog juga menjadi medium komunikasi. Pengguna blog di sini ada dua pihak iaitu saya sebagai penulis dan anda sebagai pembaca yang setia. Blog membolehkan kita saling berinteraksi antara satu sama lain. Kalau penulis blog hendak berhubung dengan penulis blog yang lain pun boleh juga. Jadi, penulis blog boleh menambah kenalan maya. 

Apa pula kelebihan menggunakan blog? Sebenarnya, pelbagai manfaat yang kita dapat apabila menggunakan blog. Masa lapang terisi dengan perkara yang berguna. Menulis blog boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang. Mana tidaknya, menulis blog umpama kita sedang berucap di hadapan orang ramai. Kita mengeluarkan pendapat dan berkongsi ilmu yang kita ada dengan para pembaca. Penulis blog dapat mengasah bakat untuk menulis dengan lebih kreatif. Seterusnya, mereka dapat membaiki kelemahan pada diri untuk menjadi seorang individu yang lebih hebat.

Saudara dan saudari faham ke tidak ni? Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang paling penting niat hendak belajar itu ada. Baiklah, tahu pun sudah. Baca pun sudah. Jadi, jangan lupa blog pun ada ruang komen ya.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT

D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...