Followers

Thursday, October 17, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Minggu ke-6 baru saya ada twitter. Memori telefon sampai penuh dah. Saya tetap redha.

Wednesday, October 9, 2019

BBM3410SATU2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum semua, hari ini saya ingin mengulas mengenai blog. Ulasan ini adalah berpandukan buku Eh!!! Media Sosial (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2019). 

Blog. Apa yang dimaksudkan dengan blog? Uish, susah soalan ini. Baiklah, tidak mengapa. Kalau kita tidak tahu kita perlu bertanya. Kalau anda tidak tahu biarlah saya jawab sendiri saja. Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalm bentuk formal atau tidak formal. Blog boleh digunakan untuk berurus niaga atau sekadar ingin menyimpan diari seseorang. Contohnya, diari penulis itu sendirilah.

Selain itu, manusia yang sering kesepian seperti penulis ini suka menggunakan blog. Rasa-rasanya, kenapa ya? Sebabnya, blog juga menjadi medium komunikasi. Pengguna blog di sini ada dua pihak iaitu saya sebagai penulis dan anda sebagai pembaca yang setia. Blog membolehkan kita saling berinteraksi antara satu sama lain. Kalau penulis blog hendak berhubung dengan penulis blog yang lain pun boleh juga. Jadi, penulis blog boleh menambah kenalan maya. 

Apa pula kelebihan menggunakan blog? Sebenarnya, pelbagai manfaat yang kita dapat apabila menggunakan blog. Masa lapang terisi dengan perkara yang berguna. Menulis blog boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang. Mana tidaknya, menulis blog umpama kita sedang berucap di hadapan orang ramai. Kita mengeluarkan pendapat dan berkongsi ilmu yang kita ada dengan para pembaca. Penulis blog dapat mengasah bakat untuk menulis dengan lebih kreatif. Seterusnya, mereka dapat membaiki kelemahan pada diri untuk menjadi seorang individu yang lebih hebat.

Saudara dan saudari faham ke tidak ni? Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang paling penting niat hendak belajar itu ada. Baiklah, tahu pun sudah. Baca pun sudah. Jadi, jangan lupa blog pun ada ruang komen ya.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga saudara yang tampan dan saudari yang anggun sihat di samping keluarga tersayang. Keluarga. Menarik juga apabila kita menyentuh perihal keluarga ini. Sejak kita lahir, tiada apa yang kita miliki melainkan sebuah keluarga.

Keluarga sangat istimewa dalam kehidupan kita. Mereka menjadi insan yang paling rapat dengan kita. Ibu, ayah, abang, kakak dan adik merupakan watak yang penting dalam hidup kita. Saudara ada kakak tak? Saya ada kakak. Kakak umpama ibu kedua bagi saya. Dengan kehadiran mereka, kehidupan saya sangat bahagia.

Sahabat sekalian, keluarga bukan insan yang kita boleh pilih. Akan tetapi, keluarga adalah satu anugerah yang paling berharga untuk kita. Mereka menjadikan hidup kita sempurna. Oleh itu, hargailah keluarga yang kita ada. Saya sayang keluarga saya! Saudara pula bagaimana?

Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Selamat pagi, hari ini saya nak berkongsi tips belajar. Belajar ini sangat menyeronokkan. Kalau kita belajar dengan hati, insya-Allah ilmu akan mudah difahami. Sebelum belajar bacalah doa dulu ya. Semoga kejayaan menjadi milik kita. 

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (D' Rose Production)

Kolam berlantai biru. Airnya jernih dan bersih. Indah dipandang dari atas. Pokok hiasan menambah seri laman idaman, menjadi tempat untuk mencari ketenangan.

Deretan kereta yang panjang. Statik di bahu jalan. Berehat seketika sebelum berbakti lagi kepada tuan.

Malam di bandar. Sinaran lampu di sini dan sana. Sahabat yang rumahnya tinggi mencecah langit. Boleh melihat bangunan di kanan dan kiri.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (D' Rose Production)

Seorang gadis memegang kaca mata hitam manakala seorang lagi memegang telefon pintar. Leka berswafoto di sana sini sehingga tidak sedar ada mata yang memerhati.

Seorang lawan lima orang. Mereka saling berhadapan. Bukan untuk bertengkar tetapi berkorban untuk sekeping gambar.

Sepuluh wajah gadis inilah yang menjadi tunjang bagi D' Rose Production. Semuanya puteri yang bestari. Senyum sampai ada yang nampak gigi. Tidak tahu pula bagaimana yang seorang lagi. Gadis yang paling berdedikasi. Adakah hanya berdiri atau turut senyum sekali. Terima kasih kerana bahumu melengkapi potret ini.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (D' Rose Production)

Merah warna yang garang. Namun begitu, bukan semua gadis bertudung merah adalah garang. Gadis ini juga bertudung merah. Dia bukannya garang tetapi sedang dilanda kesedihan.

Gadis ini seorang yang lemah lembut dan penyayang. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Inilah kali pertama dia kelihatan marah. Mudah-mudahan tidaklah berpanjangan. 

Merah jambu warna tudungnya. Gadis ini datang dari Kedah negeri jelapang padi. Mukanya ceria berseri-seri. Adakah bakal menjadi raja sehari dua tiga hari lagi? Hanya tuan empunya diri yang lebih mengetahui. 



BBM3410Satu2019: Medium Shot (D' Rose Production)

Gadis bertudung merah. Seronok berpayung di tepi kolam. Payung pinjam sebenarnya. Kalau panas janganlah berbaju gelap. Kalau berjalan janganlah mendongak tetapi kepala teleng tidak mengapa.

Bangunan berkubah. Dindingnya coklat dan putih. Kubahnya berwarna kuning. Kiri dan kanannya sama. Inilah tanda keadilan yang tertinggi.

Rumput dan lalang bukan penghalang. Selagi kita masih mampu berdiri, maka tempuhilah. Hangat mentari bukan penghalang. Selagi ada payung mampu dipegang.

Dua orang gadis suka akan belon. Tiga atau empat biji pun sanggup dijulang ke kiri dan kanan. Hanya seorang gadis di tengah, melihat beln hati pun gusar.

Seragam. Berbaju hitam dan bertudung merah. Mereka mengawal taman larangan. Kalau tiada orang, cermin menjadi tatapan.

Rumput itu hijau. Panjang searas dengan lutut. Tiga sahabat tetap duduk sambil senyum tersipu-sipu tetapi di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.

BBM3410Satu2019: Long Shot (D' Rose Production)

Jalan yang panjang. Jika tidak dihiasi dengan pokok menghijau memang tidak lengkap. Begitu juga dengan manusia. Kalau hidup tetapi tidak makan memang kelaparan.

Perahu mempunyai kembar. Siapa? Pulau adalah saudara kembar perahu. Jika tiada perahu, pulau akan buntu kerana tiada siapa yang tahu bahawa ia ada di situ.

Ranting kecil meneroka awan. Duduknya tinggi di atas. Rumput yang hijau merayap di tanah. Rendah dan sekata.

Berjalan seorang diri boleh redha lagi. Akan tetapi kalau berjalan seorang diri di tempat yang sunyi di bawah terik mentari, redha pun cabut lari.

Resam manusia. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jauh berjalan, penat memang terasa. Demi Multimedia, kami tempuhi jua.

Waktu tengah hari. Tempat teduh ada. Bawah pokok itu redup juga. Tapi nak buat macam mana sahabat bertiga itu nak juga bermain di tengah padang. Panasnya bukan kepalang. Nasiblah badan. Asalkan long shot dapat dirakam. Itulah nikmat berteman. 

BBM3410Satu2019: Closed-up (D' Rose Production)

Assalamualaikum semua, lama tak dengar cerita. Hari ini kita bersua kembali. Minggu lepas saya ada belajar mengenai asas fotografi. Jadi, apalah salahnya saya berkongsi dengan saudara dan saudari. Betul tak? Iyakan sajalah.

Ikan. Ia hidup di dalam air. Air apa saja, asalkan air. Air kopi boleh? Memang taklah. Kalau air laut munasabah la juga. Itu semua belakang kira. Yang penting gambar ikan ni nampak jelas dan penuh. Siap boleh teka lagi ikan ni tengah mengumpat siapa.

Ini apa pula? Aik, takkan tak kenal? Inilah daun belakang rumah kamu. Kalau tiada tu mungkin dah habis dimakan ulat bulu. Tidak mengapalah saudara. Daun ini bukan watak utama pun. Sebenarnya, airlah yang selalu ada dalam badan kamu. Air juga jadi watak utama dalam gambar ini.

Saya rasa ini bunga. Bunga simbolik buat kaum hawa. Kenapa pula? Sebabnya, bunga ini milik pokok yang pemalu. Sama seperti kaum hawa. Bunga semalu namanya. Pantang disentuh terus kuncup tersipu malu.

Tudung dan baju. Warna tudung yang dipakai gadis ini agak cerah. Sesuai dengan warna bunga pada bajunya. Takkanlah tak nampak bunga di baju itu. Baju dia warna hitam. Bunga pula warna cerah. Entah putih atau kelabu, saya juga rabun. Yang pasti kegelitaan wajahnya jelas terpancar bak bulan purnama.

Ceria sungguh warnanya. Kalah lagu warna-warni di Aidilfitri. Mana tidaknya, semua warna pelangi ada di situ. Saya pula rasa tertanya-tanya. Itu payung atau kanopi? Bukan apa, besar sangat la saudari.

Dunia ini penuh cabaran. Apa yang perlu dilakukan adalah laluinya dengan redha. Eh, saudari! Tinggi betul redha kamu. Orang lain nak duduk di atas jalan raya pun tak sanggup tapi kamu boleh baring pula. Siap senyum lagi. Betapa indahnya redha.



BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT

D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...