Followers

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

"Cerita yang tak dapat dilupakan"

Assalaikumlaikum semua. Pembaca yang comel dan kacak sihat tak. Alhamdulillah, jebebu dah semakin beredar dari bumi kita. Semoga batuk dan selesema jiran tetangga kita pun hilang juga. Hari ini saya nak berkongsi cerita yang tak dapat saya lupakan. Saya pasti kalian pun ada cerita yang tak dapat dilupakan sepanjang hidup ini. Kalau tak banyak pun, mesti ada juga tersangkut satu cerita kan? Macam tu juga dengan saya.

Saya masih tak dapat melupakan pengalaman saya semasa berada di Sabah. Sabah ni, kalau kalian nak tahu memang kaya dengan kehijauan alam semula jadi. Gunung Kinabalu menjadi salah satu buktinya. Tak cukup dengan gunung saja, orang utan pun ada. Pengalaman kali pertama saya melawat orang utan di Sepilok sangat mengujakan. Saya sendiri terkejut melihat orang utan makan durian. Ingatkan manusia je yang pandai makan durian. Rupa-rupanya, orang utan pun boleh makan durian juga. Orang utan pandai buka durian sendiri pulak tu. Itulah cerita yang tak dapat saya lupakan sampai sekarang.

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Apa khabar pembaca yang comel dan kacak? Semoga sihat belaka walaupun jerebu masih ada. Kali ini saya nak berkongsi satu cerita dengan anda. Cerita ini bertajuk Nenek dan Datuk yang dipetik daripada Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019).

Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alim dan keluarganya. Mereka pulang ke kampung di Kajang. Alim sangat teruja. Bukan alim-alim kucing pula. Sejurus sampai di kampung, Alim terus ke reban ayam dan itik milik nenek dan datuknya. Ketiadaan ayam dan itik di reban membuatkan Alim menangis. Dia ingin sekali melihat ayam dan itik tetapi hampa. Rupa-rupanya, ayam dan itik telah dipindahkan ke reban yang baharu. Nenek dan datuk membawa Alim ke reban yang baharu. Bukan reban sahaja yang baharu, malah almari, katil, kerusi dapur juga begitu. Tiada lagi yang lama. Suasana sudah berbeza dan mereka sekeluarga menjadi semakin rapat.

Terdapat pelbagai jenis multimedia seperti multimedia hiperaktif, multimedia interaktif, multimedia linear dan sebagainya. Multimedia hiperaktif mempunyai stuktur yang berkaitan dengan link. multimedia interaktif pula lebih kepada mengawal semua elemen multimedia.

Sekian sahaja untuk kali ini.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Hari ini berjerebu lagi, pelajar pun dapat cuti. Jadi, buat apa lagi? Marilah kita mengisi siaran blog sendiri. Hari ini saya nak kongsikan kepada pembaca yang comel dan kacak ni mengenai etika penulisan blog. Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) dalam Eh!!! Media Sosial, terdapat 10 etika dalam penulisan blog.

1. Pilihan Perkataan
Penggunaan perkataan mestilah sesuai bagi semua peringkat umur pembaca. Penulis blog perlu tulis perkataan yang orang dewasa faham dan kanak-kanak pun faham.

2. Struktur Ayat
Apabila menulis ayat, haruslah mudah difahami oleh pembaca. Penggunaan ayat tunggal dan  ringkas adalah digalakkan.

3. Peraturan Tatabahasa
Ayat yang digunakan haruslah terdiri daripada tatabahasa yang betul. Ejaan perkataan mestilah penuh dan tepat. Jangan buat singkatan yang tidak diiktiraf pula.

4. Sensitiviti (agama)
Elakkan daripada menulis topik sensitif seperti topik agama. Agama masyarakat di Malaysia berbeza dan merekalah yang membaca penulisan kita.

5. Sensitiviti (politik)
Elakkan daripada membuat hantaran tentang topik sensitif seperti topik politik. Topik makanan sangat dialu-alukan.

6. Perkataan/kata-kata kesat
Elakkan penggunaan ayat atau kata-kata kesat dalam hantaran dalam media sosial terutamanya blog.

7. Ancaman
Penulisan anda haruslah tidak menjadi ancaman bagi pengguna dan orang lain.

8. Fitnah
Elakkan menulis hantaran yang mempunyai info yang tidak sahih. Pengguna perlu memastikan bahawa mereka telah melakukan banyak kaji selidik memandangkan ia mungkin membawa fitnah terhadap orang lain.

9. Foto
Masukkan tera air (watermark) pada gambar-gambar supaya gambar anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain oleh pengguna lain.

10. Kajian
Jikalau anda menulis berdasarkan teori atau kajian, pastikan anda sudah melakukan banyak bacaan serta kajian supaya isi penulisan adalah sahih. Jangan kongsi kalau tidak pasti.

Baiklah, sepuluh etika sudah diberi. Jadi, tunggu apa lagi? Nantikan siaran saya selepas ini.

Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019.SAYAFAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab " Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019.DIRI

Alhamdulillah. Selamat datang ke laman blog saya. Pada petang hari Jumaat ini, maka terciptalah siaran pertama blog saya. Nama diberi Latiffah binti Mohd. Saya merupakan anak kelahiran salah sebuah negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu. Saya nenetap di Kuala Terengganu yang terkenal dengan keindahan pantai.


BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT

D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...