Followers

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410SATU2019 - ULASAN BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL




BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL

Bangsa membaca, bangsa berilmu. Mari kita selami kandungan buku Eh!!! Media Sosial.

Buku ini mengandungi lapan bab dengan ketebalan 220 halaman. Bab 1 iaitu media sosial: gambaran keseluruhan mengupas peranan media sosial dalam proses pembelajaran. Bab ini menjawab persoalan mengapa media sosial digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Gambaran keseluruhan dan etika dalam media sosial turut dibicarakan. Bab 2 pula memperkatakan dengan terperinci mengenai twitter  dan trend terkini. Terdapat beberapa kajian daripada tokoh barat dan tempatan berkaitan twitter dimuatkan dalam bab ini. Hasil kajian mendapati twitter membantu pengguna dalam menggunakan kosa kata dan struktur ayat yang betul agar pembaca akan memahami mesej yang dihantar. Cara-cara mencipta akaun twitter juga disertakan di akhir bab ini.

Selain itu, bab 3 memberi fokus kepada facebook masih digunakan pada hari ini. Kajian tentang facebook telah dijalankan oleh tokoh terkemuka seperti Selwyn (2007), Madge (2009), Kabilan, Ahmad & Abidin (2010) dan banyak lagi. Pembaca diberi tunjuk ajar dalam bab ini untuk membuka akaun facebook. Bab 4 buku ini adalah instagram menyeronokkan. Bab ini menunjukkan bahawa Instagram mempunyai 500 juta pengguna menurut statistik kedudukan media sosial pada tahun 2016. Kajian dan cara mencipta akaun instagram juga terdapat dalam bab ini.

Di samping itu, bab 5 mengupas isu e-mel masih popular pada masa ini. Sejarah e-mel dan kajian oleh tokoh seperti Crystal (2002) dihuraikan dengan jelas. Gambaran untuk membuat e-mel baharu dilampirkan untuk pengguna media sosial. Bab 6 memperkenalkan blog di dalam kelas bahasa. Blog dikatakan boleh mencungkil dan mengasah bakat dalam kalangan pelajar bahasa. Hal ini dibuktikan oleh kajian tentang blog di ruangan bab ini. Individu yang masih belum mempunyai blog sendiri boleh merujuk cara mencipta blog di sini.

Seterusnya, bab 7 mengupas isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Teori dan literatur yang diperkenalkan oleh Waherd et al. (2017) dan tokoh lain turut dimuatkan. Akhirnya, bab 8 memberi penjelasan tentang implikasi pedagogi. Peranan guru, rangka kerja dan peranan pelajar dibincangkan dalam bab ini. Media sosial juga boleh mempengaruhi suasana pembelajaran. Bab ini juga menyentuh soal penilaian dan kaedah penilaian melalui penggunaan media sosial. Buku ini amat membantu pengguna media sosial untuk menjadi penghuna yang lebih beretika dan berhemah.

Harga: RM60 sahaja

Nama penulis:
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim

Judul buku:
Eh!!! Media Sosial

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT

D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...