Followers

Sunday, December 15, 2019

BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT

D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliya, Ina, Nad, Mimi, Fatul, Yani, Aisyah, Mira, Yana, Lety dan Tirah.
Nampak tak kegigihan kami. Nak hasilkan bayang-bayang manusia. Sanggup beryoga tengah-tengah panas. Acah pegang bendara depan dewan besar. Bukan senang nak tengok kawan-kawan kami beraksi. Tugasan Multimedia saja yang seronok begini. Tugasan di luar bilik kuliah lebih menyenangkan.

Bagaikan peminat jumpa idola. Seronok jumpa Dr. Aliaa. Masa ni tengah rakam vlog konvokesyen di fbmk, terserempak dengan anak Prof. yang cantik ni. Apa lagi ajak bergambarlah kami.
Yang ini lagi gempak. Peminat jumpa artis. Pensyarah paling popular di UPM. Pensyarah Multimedia yang kami sayangi. Pensyarah paling sporting. Kelas ni la yang kami paling tunggu setiap minggu. Bukan apa, kami tak sabar nak bentang hasil kerja kami dekat Prof. Seronok sangat. Prof tak pernah menghampakan. Prof sentiasa puji hasil kerja kami. Walaupun kami budak baru belajar. Banyak yang salah. Hebatnya Prof, beliau sentiasa menghargainya kerja kami. Sedikit sebanyak kami bertambah semangat nak shooting lagi.

Gambar ni paling cantik. Satu kelas ada. Lagi berseri ada Prof. Dr. Normaliza sekali. Multimedia Dalam Bahasa. Subjek yang paling digemari. Kelasnya dinanti-nanti. Satu batch kos Bahasa dan Linguistik Melayu 2016/2017 berkumpul di sini. Kelas diceriakan lagi dengan kehadiran seorang juniar dan 3 orang pelajar Kom. Mat Nor, Izzati, Anis dan Farhan. Ada atlet Malaysia la. Bukan senang nak tengok atlet menyanyi dan berlakon. Kelas ni je semua boleh. Kesimpulannya, kelas Multimedia ni adalah pelengkap kehidupan kami di UPM ni sebagai pelajar semester akhir. Alhamdulillah. Terima kasih, Prof! Terima kasih semua produksi. Wakanda Production, Langgar Productin, Galaxy Production, Belalang Production, Prestij Production, Trex Production dan yang paling utama D'Rose Production.

BBM3410SATU2019 - VLOG MAKANAN (PIZZA HUT)


https://youtu.be/IN6ZN1ljlEE

Vlog makanan. Saya pilih untuk bekerjasama dengan rakan saya, Noor Zalinah binti Nurdin. Kami buat vlog di Pizza Hut. Hari Jumaat. Nasib menyebelahi kami sebab ada set makan tengahari yang murah. Sedap pula tu. Patutlah ramai orang. Masa kami tengah rakam ramai betul orang lalu lalang. Tapi sayang, nampak kaki mereka je. Muka tak nampak pun. Almaklumlah, kamera kami fokus pada makanan atas meja. Lapar dan tak sabar nak makan tapi tugasan Prof. Dr.  Normaliza lebih utama. Kami redha.

BBM3410SATU2019 - VIDEO 1 SHOT 3 LAYER (SAYA TAHU)

Ini adalah video terakhir daripada D'Rose Production. Alhamdulillah. Lagu 'Saya Tahu' memang menyentuh jiwa. Kami rakam video ni di taman permainan Seri Serdang. Masa tu petang hari cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor. Ramai staf UPM dapat anugerah. Kiranya kami tumpang meraikan la.

watak utama dalam video ni orang cacat. 2 orang ye yang cacat. Yang sorang ni masa berlakon main papan gelongsor. Ada budak kecil yang nak main juga tengah tunggu giliran. Boleh pula dia cakap "Tepi la cacat". Aduh, budak-budak zaman sekarang ni. Kawan kami yang kena tu gelak je mampu.

Wednesday, December 11, 2019

BBM3410SATU2019 - PROF LIKE DAN KOMEN GAMBAR DENGAN PROF

Masa post gambar dengan Prof di instagram, ada pula warna ungu pada tudung Prof. Nampak unik la sikit. Akan tetapi yang peliknya, tudung Prof je jadi macam tu. Tudung saya tak jadi ungu pula. Entiti apakah ini?

BBM3410SATU2019 - PROF LIKE DAN KOMEN GAMBAR KEBERKATAN

Gambar keberkatan. Saya ambil gambar Prof dengan anak-anak beliau. Masa tu anak Prof konvo. Kebetulan pula saya ambil gambar masa Dr Alia sedang ambil gambar juga. 

BBM3410SATU2019 - KALENDAR 2020

Alhamdulillah, akhirnya kalendar 2020 dah siap. Seronok tengok kalendar ni. Hasil kerja sendiri. Tak pernah terfikir pun akan ada kalendar versi sendiri. Sekarang dah ada di tangan. Terima kasih Prof bagi peluang ni kepada saya dan kawan-kawan yang lain. Terbaiklah. 
Bulan Januari. Gambar mak dan ayah saya. 
Bulan Februari. Gambar kakak saya dan keluarganya.
Bulan Mac. Gambar D'Rose sekeluarga. 

Bulan April. Gambar Mak Jemah 6 beranak. 
Bulan Mei. Gambar anak buah, Damia sebab dia lahir bulan Mei. 
Bulan Jun. Gambar Noor Zalinah, kawan rapat di UPM. 
Bulan Julai. Gambar penyanyi D'Rose iaitu Yani, Yana dan Aisyah. 
Bulan Ogos. Gambar Mira, Tirah dan Afza kawan sehati sejiwa. 
Bulan September. Gambar dengan Prof tersayang setelah berjam-jam menunggu di depan dewan besar. Artis popularlah katakan. 

Bulan Oktober. Pengantin baru dulu-dulu abang dan kakak ipar. Sekarang dah ada 2 orang anak. 
Bulan November. ada burung kakak tua la.


Bulan Disember. Gambar raya keluarga 2 tahun lepas. 

BBM3410SATU2019 - VIDEO TRAGEDI DAN SERAM

Kali ini D' Rose Production hasilkan video tragedi dan seram. Kami shooting tengah-tengah malam di kolej. Kawan kami jadi pocong. Masa tengah shooting tu, ada sekumpulan pelajar perempuan lalu. Tiba-tiba mereka ternampak pocong tu, apa lagi mereka terkejut sampai melompat dan menjerit beramai-ramai.

Sunday, December 8, 2019

BBM3410SATU2019 - TEMU BUAL PENSYARAH DAN PELAJAR

Sebelum ni temu bual graduan dan ibu bapa. Kali ni kami temu bual pensyarah pula. Selepas sehari ke sehari. Tiba-tiba dah 2 minggu. Kejar pensyarah tak juga lapang. Sibuk betul pensyarah UPM ni. Nasib baik ada juga pensyarah Calc yang sudi. Alhamdulillah, selesai akhirnya. 

BBM3410SATU2019 - VIDEO SABUN D'ROSE

Hai semua. Anda suka pergi melancong? Susah nak basuh baju semasa melancong? Jangan risau, sabun D'Rose. Kecil, wangi dan mesra pengguna. Nak tahu lebih lanjut, jangan lupa tonton youtube D'Rose Production. Alang-alang dah tonton tu, like dan subscribe la sekali.

BBM3410SATU2019 - SWAFOTO BERSAMA PROF

Assalamuaikum semua, nak bagitahu ni. Inilah pensyarah saya, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Ajar Multimedia Dalam Bahasa. Awek muda ni.

BBM3410SATU2019 - EMOJI

Auni. Bergaya betul anak buah ni sorang. Pakai jaket ungu. Spek hitam merah jambu. Padahal duduk rumah je pun. 

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410SATU2019 - ULASAN BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL




BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL

Bangsa membaca, bangsa berilmu. Mari kita selami kandungan buku Eh!!! Media Sosial.

Buku ini mengandungi lapan bab dengan ketebalan 220 halaman. Bab 1 iaitu media sosial: gambaran keseluruhan mengupas peranan media sosial dalam proses pembelajaran. Bab ini menjawab persoalan mengapa media sosial digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Gambaran keseluruhan dan etika dalam media sosial turut dibicarakan. Bab 2 pula memperkatakan dengan terperinci mengenai twitter  dan trend terkini. Terdapat beberapa kajian daripada tokoh barat dan tempatan berkaitan twitter dimuatkan dalam bab ini. Hasil kajian mendapati twitter membantu pengguna dalam menggunakan kosa kata dan struktur ayat yang betul agar pembaca akan memahami mesej yang dihantar. Cara-cara mencipta akaun twitter juga disertakan di akhir bab ini.

Selain itu, bab 3 memberi fokus kepada facebook masih digunakan pada hari ini. Kajian tentang facebook telah dijalankan oleh tokoh terkemuka seperti Selwyn (2007), Madge (2009), Kabilan, Ahmad & Abidin (2010) dan banyak lagi. Pembaca diberi tunjuk ajar dalam bab ini untuk membuka akaun facebook. Bab 4 buku ini adalah instagram menyeronokkan. Bab ini menunjukkan bahawa Instagram mempunyai 500 juta pengguna menurut statistik kedudukan media sosial pada tahun 2016. Kajian dan cara mencipta akaun instagram juga terdapat dalam bab ini.

Di samping itu, bab 5 mengupas isu e-mel masih popular pada masa ini. Sejarah e-mel dan kajian oleh tokoh seperti Crystal (2002) dihuraikan dengan jelas. Gambaran untuk membuat e-mel baharu dilampirkan untuk pengguna media sosial. Bab 6 memperkenalkan blog di dalam kelas bahasa. Blog dikatakan boleh mencungkil dan mengasah bakat dalam kalangan pelajar bahasa. Hal ini dibuktikan oleh kajian tentang blog di ruangan bab ini. Individu yang masih belum mempunyai blog sendiri boleh merujuk cara mencipta blog di sini.

Seterusnya, bab 7 mengupas isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Teori dan literatur yang diperkenalkan oleh Waherd et al. (2017) dan tokoh lain turut dimuatkan. Akhirnya, bab 8 memberi penjelasan tentang implikasi pedagogi. Peranan guru, rangka kerja dan peranan pelajar dibincangkan dalam bab ini. Media sosial juga boleh mempengaruhi suasana pembelajaran. Bab ini juga menyentuh soal penilaian dan kaedah penilaian melalui penggunaan media sosial. Buku ini amat membantu pengguna media sosial untuk menjadi penghuna yang lebih beretika dan berhemah.

Harga: RM60 sahaja

Nama penulis:
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim

Judul buku:
Eh!!! Media Sosial

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus: Penerbit UMT.

Monday, December 2, 2019

BBM3410SATU2019 - VIDEO FOKUS (TASBIH)

Kali ni kami buat video fokus. Tasbih yang kami pilih. Kenapa tasbih? Sebabnya pengarah yang pilih. Pengarah nak ajak orang ramai agar selalu berzikir.

Bukan senang nak rakam video ni. Tak boleh nampak muka pelakon. Pelakon pula suka senyum masa shooting. Simpan jela senyum tu. Tak masuk dalam video pun.

BBM3410SATU2019 - KEBERKATAN

Keberkatan ni banyak segi tau. Ada keberkatan ilmu, keberkatan usia, keberkatan rezeki dan banyak lagi la. Gambar ni mengenai keberkatan seorang anak yang berjaya. Anak ni dapat restu daripada ibunya. Anak Prof. sendiri ni. Gambar ni saya ambil masa majlis konvo UPM baru-baru ni. Meriah betul la konvo. Rasa tak sabar pula nak konvo. Kita tunggu tahun depan ya kawan-kawan BLM.

BBM3410SATU2019 - IBU

Assalamualaikum semua, ini ibu saya. Saya sayang sangat ibu saya. Saya yakin anda semua pun sayang akan ibu kalian. Ibu ialah seorang insan yang sentiasa sokong apa yang kita buat. Ibu selalu doakan kita. Ibu tak pernah mengeluh besarkan kita walaupun kadang-kadang anaknya nakal. Jadi, hargailah ibu kita selagi dia masih ada. Kalau dah tiada tu banyakkanlah berdoa untuk ketenangan arwah di sana.

BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT

D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...