Followers

Wednesday, November 27, 2019

BBM3410SATU2019 - ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI TEORI DAN APLIKASI

Terdapat tujuh bab dalam Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi karya Normaliza Abd Rahim. Ketujuh-tujuh bab tersebut terdiri daripada bab satu iaitu kajian wacana, bab dua iaitu teori dan pendekatan, bab tiga iaitu analisis dan wacana tekstual dan ujaran, bab empat iaitu strategi komunikasi, bab lima iaitu taksimoni dan pendekatan, bab enam mengenai analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak dan bab tujuh tentang cadangan kajian akan datang.

Kandungan bab satu buku ini menyebut dengan jelas definisi wacana daripada sembilan sumber. Menurut Asmah Haji Omar (1986), wacana bermaksud keseluruhan penglahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menjadikan sesuatu ujaran atau tulisan bermakna dalam komunikasi. Normaliza Abd Rahim (2018b) mengatakan bahawa wacana merangkumi ujaran, interaksi, tulisan dan teks yang dianalisis bagi tujuan mencari makna tersirat dan tersurat.

Bab dua pula mengemukakan teori dan pendekatan wacana daripada beberapa tokoh seperti Brown & Yule (1983), Stubbs (1983), Vandijk (1977) dan Normaliza Abd Rahom (2018b). Perdekatan Analisis Wacana merujuk kepada elemen pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens (Normaliza Abd Rahim, 2018b).

Seterusnya, bab tiga menghuraikan analisis wacana tekstual dan ujaran berdasarkan "Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-Kanak" oleh Normaliza Abd Rahim (2018b). Sampel kajian melibatkan empat orang kanak-kanak autism yang berumur 9-12 tahun. Bab ini memuatkan lima cerita sosial dan beberapa buah lagu daripada model yang digunakan.

Bab empat menjelaskan strategi komunikasi yang diutarakan oleh beberapa orang tokoh seperti Hue (2017), Zerfass et al. (2018), Normaliza Abd Rahim (2019) dan lain-lain. Normaliza Abd Rahim (2019) menitikberatkan perasaan penerima atas setiap apa yang ingin diujarkan.

Bab lima merangkumi taksomoni dan pendekatan strategi komunikasi oleh beberapa tokoh iaitu Tarone (1978), Johnstone (1989) dan Faerch & Kasper (1983). Pendekatan ini seterusnya diberi penambahbaikan melalui kajian wacana ini. Bab enam mengenai analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak berumur 11 tahun dan 12 tahun. Terdapat 16 strategi komunikasi yang terlibat seperti singkatan dan perujukan yang tertinggi kekeraoannya. Bab tujuh memberi cadangan untuk kajian akan datang. Buku ini menyarankan kajian terhadap bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial. Buku ini amat sesuai untuk digunakan sebagai rujukan dalam bidang linguistik.

Buku ini berharga RM20 sahaja.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT

D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...