Followers

Wednesday, November 27, 2019

BBM3410SATU2019 - ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI TEORI DAN APLIKASI

Terdapat tujuh bab dalam Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi karya Normaliza Abd Rahim. Ketujuh-tujuh bab tersebut terdiri daripada bab satu iaitu kajian wacana, bab dua iaitu teori dan pendekatan, bab tiga iaitu analisis dan wacana tekstual dan ujaran, bab empat iaitu strategi komunikasi, bab lima iaitu taksimoni dan pendekatan, bab enam mengenai analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak dan bab tujuh tentang cadangan kajian akan datang.

Kandungan bab satu buku ini menyebut dengan jelas definisi wacana daripada sembilan sumber. Menurut Asmah Haji Omar (1986), wacana bermaksud keseluruhan penglahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menjadikan sesuatu ujaran atau tulisan bermakna dalam komunikasi. Normaliza Abd Rahim (2018b) mengatakan bahawa wacana merangkumi ujaran, interaksi, tulisan dan teks yang dianalisis bagi tujuan mencari makna tersirat dan tersurat.

Bab dua pula mengemukakan teori dan pendekatan wacana daripada beberapa tokoh seperti Brown & Yule (1983), Stubbs (1983), Vandijk (1977) dan Normaliza Abd Rahom (2018b). Perdekatan Analisis Wacana merujuk kepada elemen pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens (Normaliza Abd Rahim, 2018b).

Seterusnya, bab tiga menghuraikan analisis wacana tekstual dan ujaran berdasarkan "Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-Kanak" oleh Normaliza Abd Rahim (2018b). Sampel kajian melibatkan empat orang kanak-kanak autism yang berumur 9-12 tahun. Bab ini memuatkan lima cerita sosial dan beberapa buah lagu daripada model yang digunakan.

Bab empat menjelaskan strategi komunikasi yang diutarakan oleh beberapa orang tokoh seperti Hue (2017), Zerfass et al. (2018), Normaliza Abd Rahim (2019) dan lain-lain. Normaliza Abd Rahim (2019) menitikberatkan perasaan penerima atas setiap apa yang ingin diujarkan.

Bab lima merangkumi taksomoni dan pendekatan strategi komunikasi oleh beberapa tokoh iaitu Tarone (1978), Johnstone (1989) dan Faerch & Kasper (1983). Pendekatan ini seterusnya diberi penambahbaikan melalui kajian wacana ini. Bab enam mengenai analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak berumur 11 tahun dan 12 tahun. Terdapat 16 strategi komunikasi yang terlibat seperti singkatan dan perujukan yang tertinggi kekeraoannya. Bab tujuh memberi cadangan untuk kajian akan datang. Buku ini menyarankan kajian terhadap bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial. Buku ini amat sesuai untuk digunakan sebagai rujukan dalam bidang linguistik.

Buku ini berharga RM20 sahaja.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit UMT.

Monday, November 25, 2019

BBM3410SATU2019 - PROF LIKE DAN KOMEN INSTAGRAM 2

Bukan senang nak temu bual graduan semasa konvo. Bila dah dapat peluang ni memang suka sangat. Seronok tengok orang lain berjaya. En. Akmal dan Kak Widad anak Prof pun konvo master. Rasa semangat nak sambung master juga. Petang tadi tengok ig, eh Prof komen la. Terima kasih Prof, puji video kami. Walaupun video tu taklah bagus sangat tapi cara Prof hargai usaha dan hasil kerja kami tulah yang memberi kepuasan serta semangat kepada kami.

BBM3410SATU2019 - PROF LIKE DAN KOMEN INSTAGRAM 1

Sebenarnya, redha buat tugasan Multimedia dah ada. Apabila Prof komen instagram bertambah-tambah redha tu. Almaklumlah, rasa dihargai sangat. Kita buat tugasan muat naik gambar keredhaan dan Prof komen. Rasa bermakna sangat hidup ni. Melompat sekejap di dalam bilik. Senyum melebar sampai ke telinga. Tengok ig sambil sengih sorang-sorang. 

BBM3410SATU2019 - PROF LIKE INSTAGRAM 3

Ketenangan. Bagi aku ketenangan ni kita dapat rasa apabila melihat senyuman di wajah ahli keluarga sendiri. Terutamanya senyuman mak dan ayah. Tenangnya tengok mereka senyum.

BBM3410SATU2019 - PROF LIKE INSTAGRAM 2

2 jam bergelut menulis blog di kala musim jerebu melanda, selesema dan batuk pun ada. Pukul 10 hingga 12 tengah hari kena buat ringkasan cerita Datuk dan Nenek. Berperang pula dengan wifi aduh duh. Sabar jela. Bila dah siap. Tengok jam pukul 12. Fuh lega.

BBM3410SATU2019 - PROF LIKE INSTRAGRAM 1

Ini post yang pertama dalam instagram untuk kelas Multimedia. Seronok bukan main kali pertama dapat like daripada Prof Dr Normaliza kita.


Saturday, November 23, 2019

BBM3410SATU - KEGEMBIRAAN

Gembiranya tengok orang lain sarung jubah konvo. Pakai topi konvo. Ini pula Dr Sam, graduan phd UPM. Terpegun sangat tengok beliau. Orang ambil gambar pun saya tak perasan.

BBM3410SATU2019 - KELEGAAN

Tugasan dah siap. Tak terkata aoa-apa. Rasa lega sangat. Boleh makan dengan tenang.

BBM3410SATU2019 - KEREDHAAN

Bergambar dalam lalang yang tebal. Tinggi pulak tu. Masa ni ada rasa gatal-gatal. Miang. Demi Multimedia kita redha jela.

BBM3410SATU2019 - KETENANGAN

Kerja banyak. Kusut dengan tugasan. Tengok je muka ayah. Hilang bebanan. Tenang je rasa.

BBM3410SATU2019 - VLOG KONVOKESYEN UPM

Detik yang ditunggu-tunggu. Prof Dr Normaliza keluar dari dewan besar. Seronok jerit nama Prof ramai-ramai. Orang cakap Prof popular macam artis la.

BBM3410SATU2019 - One Shot 3 Layer

Masa berlakon jadi tetamu ni lawak. Saya lalu depan penyanyi. Habis rosak video tu. Penyanyi tahan je nak gelak. Pengarah pula ketawa berdekah dah.

Wednesday, November 13, 2019

BBM3410SATU2019 - PENCINTA LEMBU

Lembu ni binatang yang ada tanduk. Saya pula suka gosok kepala lembu.

BBM3410SATU2019 - SIMPULAN BAHASA

Rutin pelajar perempuan. Kalau tak termenung depan loker memang tak sah. Nak pakai tudung mana? Baju ni ke? Warna tak sama pula. Akhirnya, hitam juga dipilih.

BBM3410SATU2019 - TIPS BELAJAR

Jom belajar. Macam mana? Inilah tips mudah belajar. Kalau asyik tembus masa pensyarah mengajar, tips ini memang mujarab.

BBM3410SATU2019 - TAK SABAR NAK KONVO

Bukit ekspo ni sangat menarik. Kalau pelajar nak konvo, inilah tempat wajib untuk bergambar. Memang menyimpan kenanganlah.

BBM3410SATU2019 - PENGALAMAN MENARIK

Inilah kali pertama pergi Sabah. Yang paling saya tak dapat lupa adalah orang utan makan durian. Bahagianya hidup mereka. 

BBM3410SATU2019 - BLOG PERTAMA

Seronoknya hari ni. Dah lama nak belajar buat blog. Akhirnya, inilah harinya. Bersyukur ambil Multimedia Dalam Bahasa.

BBM3410SATU2019 - SALAM PERKENALAN

Cari apa tu? Saya cari hati awak la. Susah betul nak jumpa.

BBM3410SATU2019 - BAB 5

Mana nak cekau 500 patah perkataan ni. Tulis punya tulis. Bersila, bersimpul, menunduk dan mendongak semua gaya ada. Orang depan ada sampai muka melekat pada meja. Kawan sebelah terbongkok-bongkok menaip guna pc. Tolonglah ubah suai kedudukan pc tu. Kesian pelajar semua jadi tua sebelum usia.

BBM3410SATU2019 - KATA MOTIVASI

Air ada pasang dan surut. Manusia pun sama. Apa perlu dibuat? Carilah kata motivasi untuk menguatkan diri.

Monday, November 11, 2019

BBM3410SATU2019 - BERITA SEMASA

Berita semasa dalam twitter ni memang banyak. Cari punya cari, cerita artis yang berlambak. Cari di lama Berita Harian ada la jumpa satu dua yang menarik dan terkini. Kisah politik saja banyak. Layan jela. Retweet juga.

BBM3410SATU2019 - PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Gambar dengan buku ni susah betul nak ambil. Saya swafoto sendiri je. Yela, nak minta tolong kawan tangkap gambar kita, dia pun nak tangkap gambar juga. Dalam hati ni, "selfie jela". Percubaan pertama, salah pegang buku terbalik. Kedua, muka pula gelap tak kena cahaya lampu. Gambar ni tak tahu la percubaan ke berapa. Saya ni tengah gigih berswafoto, tiba-tiba ternampak kawan kat depan seronok ketawakan kita. Almaklumlah tak pernah tengok saya selfie kot. Demi Multimedia semua boleh jadi.

BBM3410SATU2019 - CERITA SOSIAL JIRAN


Kali ini saya baru pandai bertatih menulis dalam twitter. Tulis bebenang satu sahaja dah habis setengah jam. Mana tidaknya, tulis sekali salah eja tapi dah terhantar. terpaksa padam balik. Tulis sekali lagi, terlebih huruf pula, padahal ayat akhir baru dua patah. Nak tak nak kena la tulis balik. Tak apa la saya budak baru belajar. Buat salah itu biasalah. Yang penting hati kena redha. 

BBM 3410SATU2019 - HAIWAN PELIHARAAN

Haiwan peliharaan. Orang lain bela binatang, saya pun sibuk nak membela juga. Orang lain bela ikan dalam akuarium, saya bela ikan dalam botol kicap. Sudahlah botol tu dah memang gelap, saya tanam pula separuh botol tu dalam tanah di bawah rumah. Gelap gelita dunia ikan tu. Ikan apa? Ikan laga namanya. Kesian kau ikan dapat tuan macam ni. Tak sampai seminggu saya jaga, ikan tu dah hilang. Tinggal botol je dalam tanah. Agaknya dah selamat dalam perut cicak yang duduk di bawah rumah. 

BBM3410SATU2019 - CERITA SOSIAL HATI


Inilah kali pertama saya menggunakan twitter. Umur dah 20 lebih baru ada akuan twitter. Saya memang tak tahu macam mana nak tulis siaran di twitter ini. Apatah lagi nak tweet dan retweet memang dua kali ganda tak reti la. Nasib baik ada kawan yang tahu. Apa lagi jadi kaunter pertanyaan la kawan saya tu. Selang beberapa saat saya tanya dia soalan. Nak tekan apa ni? Nak post macam mana? Nak retweet pula? Tolong ajar sekejap. Kesian kawan tu.

Sunday, November 10, 2019

BBM3410SATU219 - FACEBOOK 3 (SINOPSIS BAB 4)


Seorang peniaga mesti ada strategi berniaga. Komunikasi juga ada strategi. Strategi komunikasi ini dipetik daripada buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi karya Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim (2019) terbitan Penerbit UMT. 

BBM3410SATU2019 - FACEBOOK 2 (PANTUN)


Saya ingin memetik serangkap pantun daripada rakan saya, Noor Zalinah yang berbunyi:

Masuk hutan pakai sepatu,
Takut kena gigitan pacat;
Kalau kita selalu bersatu,
Apa kerja mudah dibuat.

Kalau ada yang menjual, takkan saya tidak membeli pula.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu;
Suruh makan saya makan,
Suruh berlakon saya kaku.

BBM3410SATU2019 - FACEBOOK 1 (RUTIN HARIAN)

Ambil gambar dan rakam video dengan ahli kumpulan telah membuatkan kami semakin rapat. Walaupun ada kala berbeza pendapat demi Multimedia kami muafakat. 

BBM3410SATU2019 - VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)

Ini adalah video lakonan kami yang pertama. Saya berlakon keras macam kayu jati. Pegang watak orang jahat pulak tu. Saya kena baling baju, sekali baling tak jadi, kali kedua tersangkut di kaki. Ada sekali nak baling tu sampai saya pula yang terjatuh. Seronok juga berlakon ni. 

BBM3410SATU2019 - VIDEO 7 (ONE SHOT 1 LAYER)

Studio rakaman adalah Bilik Kotak Hitam. Nak tempah bilik ni sahaja makan masa 3 hari. Naik ke pejabat am buat surat dan turun ke bilik Prof minta tanda tangan. Lepas itu naik lagi ke pejabat dekan mohon kelulusan. Dah macam rupa naik turun mahkamah pula. Apabila sampai di Bilik kotak Hitam, lampu pula ada tidak bernyala. Kami pun menari dalam gelita. Redha jela.

BBM3410SATU2019 - FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)

Gambar yang paling menarik untuk ditangkap adalah gambar zero flat lay. Nak tahu kenapa? Sebabnya jurugambar kami meniarap sampai tercium rumput. Kalau tak meniarap memang gambar tak jadi la.

BBM3410SATU2019 - FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)

Sekeping gambar menjadi gambaran satu simpulan bahasa. Bukan lidah saja yang boleh berbicara. Gambar pun boleh berbicara juga.

BBM3410SATU2019 - FOTOGRAFI 3 (POTRET DAN SWAFOTO)

Bukan senang nak cari orang untuk tonton video kami. Apatah lagi nak minta tolong orang like. Kami ni tebalkan muka whatsapp sorang demi sorang ahli kumpulan whatsapp yang kami ada. kami whatsapp personal bukan whatsapp dalam kumpulan. Nombor yang tak kenal yang ramainya. Semata-mata nak suruh tonton dan like video kami. Sampai ada ahli kumpulan kami yang kena ngorat pulak tu. Layan jela.

BBM3410SATU2019 - FOTOGRAFI 2 (KUMPULAN)

Semua ahli kumpulan berjalan kaki beramai-ramai ke lokasi penggambaran di Bukit Ekspo UPM. Habis basah baju dek penuh mana tidaknya berjalan waktu matahari terpacak atas kepala kami. Demi multimedia kami redha sepenuh hati.

Saturday, November 2, 2019

BBM3410SATU2019 - FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)


Assalamualaikum pembaca sekalian. Kalian buat apa tu? Kalau tengah duduk bersantai tu bolehlah jenguk video di youtube ni. Gambar makanan semuanya. Mana la tahu boleh jadi pengubat rasa lapar saudara dan saudari.

https://www.youtube.com/watch?v=vEX_z4ALin4

Video flat lay ini menggunakan muzik latar lagu rakyat negeri Pahang iaitu Lemak Manis nyanyian Roslan Madun.

BBM3410SATU2019 - KETIKA DAN KALIMAT

D'Rose Production. Semua perempuan. Sepanjang satu semester bekerjasama. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan jayanya. Tahniah! Aliy...